Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter.Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.Pada tahun 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.
No comments:
Post a Comment